Malam ni saya nak cerita santai-santai je.Macam mane saya boleh minat nak beli emas dan nak simpan emas.Saya percaya masih ramai di luar sana, sama macam saya sebelum ni. Tak ambik kesah tentang emas.
Tu lah bila clik2 terbaca kat salah satu blog tentang emas….clik lagi rupanya ramai peniaga emas di alam maya ni.. Menarik!! Dari sinilah idea tu bermula.
Kenapa saya beli dan simpan emas..??
Petama , Rasulullah telah bersabda: "Akan tiba suatu zaman, tiada yg lebih berharga kecuali emas dan perak."
Saya mendengar dari youtube seorang ulama' mengatakan Sistem kewangan Islam yg mengunakan dinar emas dan dirham adalah salah satu sunnah Rasullulah. Akhir zaman kalau kita dapat mengikut satu sunnah Rasullululah pahlanya MasyaAllah! Walaupun kita tidak berada dalam sistem itu, tetapi kita sedang menuju ke arah itu .
Disamping mencari untung kita dapat beribadah, apabila cukup masanya ketika membayar zakat.. Wah hebat betullah emas ni! Bukan saja untung di dunia, tetapi juga diakhirat.. InsyaAllah.
Kedua, nilai emas sentiasa naik. Tak perlu bimbang ape-ape. Cuma beli dan simpan, bila harga naik kita jual. Dapat lah untung..
Ketiga, Emas adalah pelindung nilai yg terbaik. Dapat melindungi diri dan generasi pewaris kita dari kesusutan nilai matawang dan kenaikan kadar inflasi yg akan menyebabkan wang simpanan menyusut nilai.
Keempat, Saya berkira-kira jika 10 tahun lagi saya pencen, saya harap urusan kewangan saya pada ketika itu sekurang-kurangnya tidak terganggu. Kerana ketika itu harga barang tentu melambung tinggi, nilai wang akan makin susut. Dengan wang pencen yang tinggal separuh tentu keadaan saya undur ke belakang.
Jika saya beli dan simpan emas dari sekarang dengan harga sekarang, dan dengan sedikit teknik mencari keuntungan, saya rasa...WAH! Ekonomi saya jadi bertambah baik… Saya takut nak berangan..:D
Kalau lah saya beli dan simpan emas ini sejak mula saya bekerja alangkan bagusnya…Anda boleh kira Tahun 1990 harga emas RM35 segram, dan sekarang tahun 2011 harganya RM157 segram. Bayangkan kalau kita ada 1000 g.
Peluang seperti ini terbuka luas untuk adik -adik yang baru bekerja, jangan takut untuk beli emas, anda tak rugi apa-apa. Cuma duit yang anda simpan ditukar ke bentuk emas. Anda bayangkan saat anda nak pencen macam saya ni dan anda ada simpan 1kg emas, masa tu kenaikan harga emas mungkin 300% anda boleh jadi jutawan.
Tapi sekarang rata-rata kakitangan kerajaan yang pencen tak de lah sesenang mana.. Ni lah yang saya dok fikir dan usahakan…
Walau apepun kita hanya merancang, jika umur tak panjang sekurang-kurangnya saya tinggalkan sesuatu untuk generasi saya.
Sebenornya ade banyak sebab lagi kenapa saya simpan emas...Tapi cukup lah takat ni je.Walaupun rasanya macam dah terlambat untuk start simpan emas, tapi saya teruskan juga… Oleh kerana saya merancang nak menyimpan dan membeli secara tetap, akhirnya saya memilih menjadi dealer emas GCP .
Rupa-rupanya ada saudara dan teman-teman yang berminat untuk membeli emas dari saya.. Dengan ini, bermulalah saya sebagai peniaga emas, seronoknya kali pertama saya mendapat pelanggan.
Sekian, Salam..
0 comments:
Post a Comment